Begini Gambaran Saat RUuH KETIKA DICaABUT

KEADAAN RUuH KETIKA DICAaBUT

SOALAN :

Bagaimanakah keadaan ruuh orang mukmin dan ruuh orang kafir ketika diambil olih malaikat maaut?
Kalau berlaku kemaatian adakah wajib kena segarakan tanam atau bolih ditunda esok hari?

JAWAPAN :

RUH MUKMIN DAN RUH KAFIR KETIKA DICABUT OLIH MALAIKAT

Sabit didalam hadith sungguhnya ruh orang mukmin itu keluar dalam keadaan elok dan berbau wangi manakala ruh orang kaafir itu keluar ia dalam keadaan sangat keeji dan berbaau buusuk.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. daripada Nabi saw bersabda :

Artinya : “Ajarilah yang hendak maati dikalangan kamu akan kalimah لا إله إلا الله. Maka sungguhnya ruh orang mukmin itu keluar dalam keadaan mengalir lembut dan ruh orang kaafir itu keluar dari tulang rahangnya seperti keluarnya ruah keldai.” (Hadith riwayat At-Tabarani)

Dan pada riwayat yang lain Nabi saw bersabda :

Artinya : “Sungguhnya ruh orang mukmin itu keluar ia dalam keadaan mengalir lembut dan ruh orang kaafir itu keluar seperti keluarnya ruh keldai. Maka bahawasanya orang mukmin itu (jika) sungguh dia telah melakukan kesalahan maka dipayahkan atasnya ketika maati supaya dihaapuskan kesalahannya itu daripadanya. Dan bahawasanya orang kaafir itu (jika) sungguh telah melakukan kebaikkan maka dimudahkan atasnya ketika maati supaya dibaalas dengannya.”

Dan diriwayatkan daripada Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. Nabi saw bersabda :

Artinya : “Sungguhnya hamba yang mukmin itu apabila telah dekat kematiannya meniinggaalkan dunia ini dan berhadap kepada negeri akhirat maka turunlah kepadanya malaikat daripada langit yang putih wajah mereka dan terang seperti cahaya matahari.

Ada bersama malaikat itu kain kafan daripada syurga dan wangian dari wangian-wangian syurga sehingga berhenti malaikat itu daripanya sejauh mata memandang.

Kemudian datang malaikat maaut atasnya sehingga duduk ia dekat kepalanya lalu berkata : Wahai ruh yang baik keluarlah kamu kepada keampunan daripada Allah dan keredhaan-Nya. Lalu keluar ruh itu seperti mengalir keluarnya air menitis dari suatu bekas.

Dan sungguhnya hamba yang kafir itu apabila telah dekat kematiannya meninggalkan dunia dan berhadap kepada negeri akhirat maka turun kepadanya malaikat dari langit yang hitam wajah mereka ada serta mereka pakaian yang hitam maka berhenti malaikat itu daripadanya sejauh mata memandang kemudian datanglah malaikat maut sehingga duduk disisinya lalu berkata :

Wahai ruh yang keji keluarlah kamu kepada kemurkaan dari Allah dan marah-Nya. Maka jadi dipecah-pecahkan pada tubuhnya lalu dicabut nyawanya seperti ditarik besi yang panas daripada kapas yang basah kemudian dibawalah ruh itu.” ” (Hadith riwayat Abu Daud & Ahmad)

Dan firman Allah Taala :

Artinya : “Dan jikalau kamu melihat ketika dimaatikan orang-orang kaafir itu para malaikat memukul muka mereka dan belakang mereka dan dirasakan mereka akan azaab yang peedih.” (Al-Anfal : 50)

SEGERA URUSKAN JENAZAH

Apabila telah sahih seorang itu meninggal dunia maka hendaklah disegerakan menguruskan jenazahnya kerana menyegerakan pengurusan mayat ini ialah kemuliaan baginya.

Telah diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. Nabi saw telah bersabda baginya :

Artinya : “Tiga perkara jangan dilambatkannya yaitu solat apabila telah masuk waktunya dan jenazah apabila telah siap dan perempuan yang bujang apabila telah kamu dapati yang sepadan dengannya.” (Hadith riwyat Tirmizi)

Berkata Imam Ahmad :

Artinya : “Memuliakan mayat itu ialah menyegerakannya.”
Maksud segera ini ialah apabila sudah ada yang akan memandikan dan mengkafankan dan sembahyangkan dan tanamnya.

Olih itu jika belum ada orang yang akan melakukan keempat perkara itu tidak mengapa menunggu misalnya jika mati ia selepas solat isyak dan tidak ada orang-orang yang akan menguruskannya melainkan pada esok hari maka dimaafkan menunggu sehingga esok hari.

Tetapi jika ada orang yang akan menguruskan pada malam tersebut maka yang afdhal hendaklah dilakukan empat perkara itu pada malam itu juga kerana perintah Nabi saw supaya disegerakan tanamnya.
Perintah bersegera ini ialah perintah sunat selama keadaan mayat tidak berubah maka jika sampai jadi berubah keadaan mayat maka jadilah perintah bersegera ini perintah yang wajib.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili :

Artinya : “Apabila telah yakin dari kemaatian seseorang disunatkan bersegera pada tiga perkara yaitu mandi dan kafan dan solat dan tanamnya dan membayar hutangnya dan menunaikan wasiatnya. Adapun pengurusan maayat itu maka disunatkan menyegerakannya kerana khuatir dari berubah keadaan maayat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
wallahua’lam

ustaz azhar idrus