“Bdyguard berta tu penuh, Bawa snjata ke mana-mana, Namun Apabila Hidayah Datang, Tiada Siapa Yang Mampu Mhalangnya

Jelas Ebit, walaupun badan Raj dipenuhi ta tu namun itu bukanlah penghalang untuk beliau terbuka mencari dan menerima hidayah Allah S.W.T.

“YA ALLAH sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam,” demikian luahan penceramah popular, Ebit Lew yang memanjatkan kesyukuran apabila dakwahnya diterima ramai.

Bagi beliau, tidak ada yang lebih bermakna daripada setiap dakwah yang dijalankannya itu menyentuh perasaan sehingga membuka hati sesetengah individu terutamanya yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam serta meminta bimbingan daripadanya.

Terbaharu, menerusi muat naik Ustaz Ebit di laman Facebook, beliau berkongsi sebuah perkongsian tentang lelaki bernama Raj yang kini terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

Jelas Ebit, walaupun badan Raj dipenuhi ta tu namun itu bukanlah pengha lang untuk beliau terbuka mencari dan menerima hidayah Allah S.W.T.

“Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah. Beliau memeluk Islam. Ya Allah sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam.

“Walau bawa snjata ke mana-mana sebagai bdyguard. Badan berta tu penuh. Setiap negara pergi satu ta tu. Tapi lembut dan baik akhlaknya,” luahnya.

Seperti biasa, perkongsiannya itu mendapat tempat di hati para pengikutnya di media sosial berkenaan.
Ramai mula memenuhi ruangan komen dan meluahkan rasa syukur di atas khabar gembira berkenaan.

seterusnya

SUMBER: astroawani via kalamindah.com