Baru Nak Melaraam Pakai Lipstick, Makcik Terkeedu Bila Driver Turunkan Tingkap..

Lumrah sebagai wanita, pergilah ke mana sekali pun pasti mahu nampak cantik dan menawan. Malah golongaan ini juga boleh dikatakan hampir semuanya pantang saja nampak sebarang tingkap atau cermin, pasti mahu belek muka dan tambah makeup sekiranya dirasakan belum cukup cantik. Tapi kena hati-hati, risau dapat malu pula seperti gelagat seorang mak cik yang berasal dari Indonesia ini.

Baru nak melaram pakai gincu…mak cik terkeedu cermin tingkap tiba-tiba turun & nampak orang dalam kereta
Sewaktu di dalam kereta, 2 individu ini telah didatangi oleh wanita yang bertudung kelabu tersebut. Dia kemudiannya terus mengeluarkan sebatang lipstick untuk dipakai pada bibirnya dan jadikan tingkap tinted kenderaan tersebut sebagai cermin. Sepanjang tempoh itu, kedua-duanya tak dapat menahaan ketawaa dan sempat merakam aksi tersebut. Apabila cermin sebelah pemandu diturunkan, wajah mak cik berkenaan terus berubah malu gara-gara langsung tak menyangka gelagatnya telah diperhatikan oleh pemilik kereta tersebut.

@afifwardah

🤣🤣🤣 kepergok ngaca nih… tak tau klo aq lagi video in kamu. #auliafashion #auliastory #foryourpage #fypシ

♬ original sound – Afif Wardah – Afif Wardah

Adoi confirm malu bukan ke palang…muka terkejut dia tu memang speechless habis
Rata-rata netizen bukan sahaja terhibur dengan insideen lucu tersebut, malah turut menceritakan pernah berhadapan situasi maalu sama ketika berada di tempat awam. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.