Baru Memeeluk Islam Wanita Jepun Terus Menjadi Pendakwah

PASTINYA ramai dalam kalangan kita pernah membaca kisah bagaimana seseorang mendapat hidayah dan kemudiannya memeluk Islam. Sudah tentu banyak iktibar dapat dipelajari daripadanya. Islam Nomichi kali ini ingin berkongsi kisah keberanian seorang wanita Jepun setelah memeluk Islam.

Bermula perkenalan bersama penulis hanya melalui lman sosial Fa ce bo ok, siapa sangka akhirnya membawa pertemuan ukhuwah seterusnya menarik gadis bernama Chiharu Nur Nadira ke jalan kebenaran.

Semasa berhubung dalam Fa ce bo ok, dia mengakui Islam adalah agama yang benar dan telah beberapa kali menjejak kaki ke masjid untuk mempelajari Islam. Walau bagaimanapun, taufik Allah masih belum sampai untuknya memeluk Islam.

Siapa sangka, pertemuan untuk mendalami Islam, hanya dua sesi kelas pengajian tadabbur al-Quran, surah al-Fatihah bersama penulis menjentik keyakinan hatinya untuk memeluk Islam. Firman Allah SWT menerusi mukjizat agung al-Quran membuka pintu hidayah seterusnya merubah pendiriannya untuk memeluk Islam.

Kebiasaannya, walaupun sudah mengucapkan syahadah dan memeluk Islam, namun rata-rata iman saudara baharu masih nipis. Lazimnya, mereka akan takut untuk mendedahkan diri setelah bergelar Muslim kerana bimbang diketahui umum.

Majoritinya akan menyembunyikan status itu daripada keluarga dan rakan-rakan dan hanya ‘menjadi’ Muslim apabila bersendirian atau ke masjid. Sehinggalah kukuh iman, barulah mereka berani mengatakan diri telah Muslim dan seterusnya memakai hijab.

Namun, hal ini berbeza dengan Chiharu. Sejak hari pertama mengucapkan kalimah syahadah, dia dengan yakin mempromosikan Islam secara terbuka dan terus menerus. Menariknya, dia dengan berani memakai tudung di khalayak ramai dan menukar status Fa ce bo ok daripada bukan Muslim kepada Muslim.

Chiharu Nur Nadira adalah nama yang kami berikan kepadanya ketika memeluk Islam di Osaka Islamic Center. Pada hari itu, dia berpeluang mengucap kalimah syahadah sebanyak tiga kali iaitu yang pertama bersama kami lalu bersama golongan Muslimah dan ketiga di hadapan sebuah stesen televisyen tempatan Jepun.

TIGA SYAHADAH

Dia begitu gembira kerana berpeluang mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali dalam sehari. Oleh kerana ramai menyaksikan dan meraikannya, keimanannya dilihat seperti semakin utuh dan terus menerus bertambah terhadap Islam.

Sejak itu, semua paparan di Fa ce bo ok miliknya adalah berunsur Islam sama ada mengenakan hijab atau makanan halal. Ditambah pula kerjaya Chiharu sebagai jurugambar profesional membuatkan kebanyakan gambar dimuat naik menarik perhatian umum.

Sejak hari pertama bergelar Muslim, dia telah menjadi pendakwah kepada rakyat Jepun. Dia bercita-cita untuk memberi peluang seluruh warga Jepun mengenali Islam menerusi pendekatan santai. Dia mahu mempromosikan Islam bukanlah agama pengga nas dan Muslim bukan asing bagi warga Jepun.

Selain itu, dia turut bercita-cita membuka restoran halal di Negara Matahari Terbit itu. Setelah memeluk Islam, dia merupakan sebahagian daripada kami dan duta kecil dalam gerakan dakwah di sini.

Doakan semoga Chiharu mampu menjadi duta Islam di Jepun seterusnya menarik lebih ramai penduduk di negara yang paling rendah populasi umat Islam di dunia itu.

Firman Allah maksudnya: “Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang segala perkara salah (buruk dan ke ji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Ali-Imran: 104)

Tidak keterlaluan untuk dikatakan, dia merupakan ‘permata’ dalam kerja-kerja dakwah di Jepun. Lebih ramai warga Jepun sepertinya, lebih cepat Islam berkembang di sini. Kepada mereka yang berminat menyatakan sokongan kepadanya, boleh mengikuti la man Fa ce bo ok beliau ‘Chiharu Nur Nadira’.

Sumber : Zulkarnain Hasan Basri & Chiharu Nur Nadira via sahabatsurgaku.com