Bapa terkilan tidak sempat tunaikan permintaan teraakhir anak bongsu minta dimandikan

Alor Gajah: Bapa kepada dua anak yang meniinggal dunia serentak akibat kemalaangan jalan raya malam tadi, terkilan kerana tidak menunaikan permintaan terakhir anak bongsunya, kira-kira tiga jam setengah sebelum dia pergi selamanya.

Masih terngiang-ngiang di telinga Amer Abdul Malek, 43, permintaan Allahyarhaam Afiq Wafiy, 4, supaya dia memandikan arwaah, jam 6.30 petang semalam.

“Afiq Wafiy beriya-iya meminta saya memandikannya tetapi saya keletihan kerana baru balik kerja memandu lori dan terus berehat tanpa sempat menunaikan permintaannya.

“Afiq Wafiy memeluk saya seolah-olah tidak mahu melepaskan saya dan hanya sekarang baru saya tahu, itulah tanda arwaah akan pergi buat selama-lamanya dengan abang sulungnya, Allahyarhaam Zahrul Fitri yang berumur 16 tahun,” katanya ditemui di kediamannya di Taman Kebaya di sini, hari ini.

Amer berkata, selepas solat Isyak malam tadi, Zahrul Fitri yang belajar di Sekolah Menengah Naning di sini, membawa Afiq Wafiy bersiar-siar dalam kawasan taman perumahan itu dengan menunggang motosikal.

Katanya, sudah menjadi kelaziman Zahrul Fitri yang juga anak sulung daripada lima beradik membawa Afiq Wafiy bersiar-siar dalam kawasan perumahan berkenaan selepas solat Isyak.

Amer berkata, Afiq Wafiy sering membonceng motosikal ditunggang abangnya untuk bersiar-siar sebelum masuk tidur dan jika tidak, arwah lazimnya sukar untuk tidur.

“Dua beradik ini memang rapat dan Zahrul Fitri sering memandikan Afiq Wafiy pada sebelah petang sebelum membawanya bersiar-siar selepas solat Isyak.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu macam mana kedua-dua arwah boleh pergi ke Kampung Ayer Pa’abas, kira-kira satu kilometer dari sini sebelum terlanggar tembok,” katanya.

Katanya, selepas menerima panggilan penduduk Kampung Ayer Pa’abas yang memaklumkan mengenai kejaadian, dia dan isteri, Siti Nurhidayah Tompang, 34, bergegas ke lokasi namun sebaik tiba, mereka mendapati kedua-dua anak kesayangan sudah meniinggal dunia akibat paraah di kepala.

Jenazaah dua beradik itu turut menjalani ujian calitan sebelum dibedah siasat di Hospital Alor Gajah.

Jenaazah akan dikebumikan di Tanah Perkuuburan Islam Kampung Rantau Panjang hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan mendapati, pada kejadian jam 9.15 malam, mangsa dalam perjalanan dari arah Alor Gajah ke Kampung Ayer Pa’abas.

“Motosikal ditunggang mangsaa terbaabas sebelum melanggar tembok di kiri jalan. Kedua-duanya paarah di kepala dan disahkan meninggaal dunia di lokasi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.