Bapa kantooi bawa skaandal dalam lori, anak cuba halang tapi maaut digiliis

Jumaat lalu kira-kira jam 10.30 malam, terjadinya sebuah trageedi menyayaat hati di Acheh, Indonesia apabila seorang kanak-kanak Haura Aulia maaut selepas digilis sebuah lori.

Apa yang lebih mengejutkan adalah lori yang membawa pelepah kelapa sawit tersebut dipandu oleh bapanya sendiri, Husaini.

Menurut laporan Tribun News, sewaktu melihat lori yang dipandu bapanya, mangsaa yang berusia 11 tahun cuba menghentikan lori berkenaan dengan cara bergantung di samping lori.

Malangnya, si bapa tidak mahu memberhentikan kenderaan itu malah memecut laju sehingga menyebabkan anaknya terjatuh sebelum digilis roda di bahagian tepi lori.

Kejadiaan tersebut telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di tempat kejadiaan dan seorang warganet telah memuat naik video itu di YouTube.

https://www.facebook.com/100057714546409/videos/121566476443837/

Melihat keadaan Haura, keluarga dan orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk menghampiri dan memeluk jasaadnya yang terbujur kaku berlumuuran daarah diikuti dengan jeerit tangiisan ibunya.

Menurut laporan Indo Zone pula, Haura dan ibunya dipercayai mengesyaki dalam lori itu ada orang ketiga iaitu kekasih Husaini.

Disebabkan itu, Husaini enggan memberhentikan lori tersebut sebaliknya dia memecut laju meninggalkan tempat kejadiaan untuk mengelakkan diri dari bertemu dengan isteri dan anaknya.

Meskipun kini Husaini telah ditahan pihak polis, dia tidak mengaku telah menyebabkan kemaatian anaknya malah dia menegaskan kejadiaan itu merupakan ‘petanda sudah sampai ajaal anaknya’.

“Kalau dilanggar, bukan saya yang langgar tapi memang sudah ajaalnya,” ujarnya menurut laporan Indo Zone.
Menjengah ke laman Facebook milik Haura, dia sering memuat naik gambar dirinya serta berkongsi aktiviti harian selain pernah berkongsi gambar ibunya serta lori yang dipandu bapanya.

Sebaak sungguh tatkala mengetahui kisah anak kecil ini. Moga raohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Tenanglah di sana, wahai si manis Haura Aulia.

Sumber: Tribun News, Indo Zone