Baik Sekali Brader Ni Tolong van Jenaaz4h Lalu Laluan Sesaak,Dia Kata Mala Taknak Dapat Sedikit Hadiah Pun

Tidak mengharapkan sebarang balasan, seorang penghantar makanan mengakui ikhlas selepas video tindakannya membunyikan hon motosikal bagi memberi laluan kepada van jenaazah tular baru-baru ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Muhammad Aziimul Fahmi Zanah berkata, dia hanya mahu memudahkan urusan orang lain apatah lagi dalam keadaan jalan raya yang sesak.

“Jalan agak sesak dengan kenderaan ketika itu kerana ia waktu orang ramai baru pulang kerja. Ketika menunggang motosikal, saya ternampak van jenaazah tetapi bergerak perlahan kerana tidak mendapat laluan.

“Jadi, saya terus memintas dan cuba memohon kerjasama pengguna lain untuk memberi laluan dengan membunyikan hon hingga van jenaazah itu sampai di Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah di Bukit Jalil,” katanya.

Bukan itu sahaja, pemuda berusia 25 tahun tersebut turut menawarkan diri membantu mengebumikan jenaazah wanita yang meniinggaal dunia akibat baarah usus itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol.

Terdahulu, video berkenaan dikongsi Pengerusi, Pengasas dan Sukarelawan Unit Khas Van Jenaazah iaitu Mr Wan Cai di laman Facebook yang meluahkan rasa terharu dan menghargai usaha murni Muhammad Aziimul.

Sudah baca artikel ini?jangan lupa like dan share ya.TErima ksih.

Sumber:ohmymedia.com