Bacalah Wahai Kaum Adam Isterimu Itu Amat Hebat

Bacalah Wahai Kaum Adam Isterimu Itu Amat Hebat | Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya .. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan sehingga dia memuntahkan lusuh.

Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia akan membawa cantik cantik ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan semua kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pir.

Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear mampu menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia masih mampu melaksanakan semua tugasannya walaupun badannya sakit-sakit menanggung beban isinya yang kian membesar. Tidak pernah sekalipun dia mengeluh. Malah hatinya tersenyum ketika melihat perutnya kian membesar.

Wanita, hebatnya saat dia mulai merasakan kesakitan untuk menyalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan hingga 57 Del ketika ingin melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tapi, sedarkah kita di sebalik semua itu … Wanita dicipta untuk menjadi ibu. Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan semua kepayahan ..

Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya ..

Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran ..

Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki ..

Hebat kan wanita? Anda bertuah menjadi seorang wanita ..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa kamu. Selamat Hari Wanita ..

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat