Bacaan Selepas Al-Fatihah: Perlu Ke Makmum Mengikutinya?? Ini 3 Jawapanya

Bacaan Selepas Al-Fatihah. Persoalan yang seringkali bermain dalam fikiran kita setiap kali sedang solat ialah perlu ke kita mengikuti imam membaca surah selepas Al-Fatihah?

Ada antara kita yang mungkin terkeliru mengenai perkara sebegini. Mana tidanya, ada yang kata boleh mengikuti imam membaca surah selepas Al-fatihah dan ada yang kata tidak boleh. Untuk persoalan ini, anda perlu merujuk pada mereka yang lebih berpengetahuan dalam agama.

Jawapan Kepada Bacaan Selepas Al-Fatihah
Untuk persoalan ini ada beberapa jawapan. Ia boleh di rujuk di Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

Sewaktu sedang solat, makmum perlu menumpukan pendengaran terhadap bacaan-bacaan imam semasa qiyam. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

Bacaan selepas Al-fatihah

Maksudnya : Dan apabila dibacakan Al-Quran maka hendaklah kamu mendengarnya dengan teliti dan diamlah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.

Surah Al-A’raaf (204)

Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini juga berkata : ‘’Fokuskanlah pendengaran kamu kepadanya (bacaan Al-Quran) supaya kamu dapat memahami ayat-ayatnya serta mengambil ibrah dengan peringatan-peringatannya.

Dan diamlah kamu supaya kamu dapat berfikir serta mentadabburinya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan merahmati kamu disebabkan kamu mengambil perhatian akan peringatannya’’. Rujuk Al-Jami’ al-Bayan, Abu Ja’far Al-Thabari (13/345).

Bukan itu sahaja, beberapa tokoh besar dari kalangan ulama seperti Ibn Abbas R.A, Abu Hurairah R.A, Mujahid bin Jabr, Sa’id bin Jubair, Sa’id Ibn al-Musayyib, ada menyatakan bahawa ayat ke- 204 dari surah Al-A’raaf ini merujuk kepada keadaan di dalam solat.

Iaitu, seseorang yang mendirikan solat berjemaah hendaklah mendengar dengan teliti serta diam ketika imam membaca Al-Quran di dalam solat.

Baca Juga: Solat Istikharah : Panduan Lengkap Dan 3 Kelebihanya

Rasullullah Juga Pernah Bersabda Mengenai Perkara ini
Selain itu, berdasarkan dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda

Bacaan selepas Al-fatihah 1

Maksudnya : Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti. Maka apabila imam mengangkat takbir, bertakbirlah kamu dan apabila imam membaca (al-Quran), diamlah kamu.

Riwayat Al-Nasa’ie (921)

3 Jenis Bacaan Selepas Al-Fatihah
Manakala, Imam Al-Mawardi rahimahullah pula ada menyebutkan bahawa solat itu meliputi perbuatan-perbuatan dan juga zikir-zikir bacaan selepas al-fatihah. Manakala bacaan selepas al-fatihah ini terbahagi kepada tiga bahagian yang di nyatakan seperti berikut :

Pertama: Zikir-zikir yang mana seseorang itu mengikut imam pada membacanya. Ini seperti takbir, tawajjuh, tasbih, dan tasyahhud.

Kedua: Bahagian yang makmum tidak mengikut imam dalam membacanya. Iaitu bacaan surah selepas al-Fatihah di dalam solat jahar. Maka makmum diam dan tidak membaca surah.

Ketiga: Bahagian zikir yang berlaku khilaf padanya, iaitu bacaan surah al-Fatihah. Sekiranya solat itu adalah solat perlahan, maka wajib ke atas makmum untuk membaca surah tersebut di belakang imamnya. Sekiranya solat itu adalah solat jahar, adakah wajib untuk makmum membaca al-Fatihah ?

Maka ada dua pendapat Imam al-Syafi’e dalam isu ini. Mengikut qaul qadim, tidak dituntut untuk makmum membaca al-Fatihah manakala mengikut qaul jadid, menjadi tuntutan ke atas makmum untuk membaca al-Fatihah dan inilah pendapat yang sahih di dalam mazhab Al-Syafi’e.

Kita Perlu Mendengar Bacaan Selepas Imam Membaca Al Fatihah
Kesimpulanya, berdasarkan penerangan admin mengenai bacaan selepas al-fatihah, kita wajib mendengar bacaan yang imam bacakan selepas imam membaca al-fatihah.

Tidak kiraah sama ada kita memahami bacaan imam tersebut atau tidak kita wajiblah diam dan mendengar bacaan imam tersebut. Justeru itu, anya tidak dibolehkan.

Semoga dengan usaha seseorang itu diam untuk mendengar dengan teliti serta niat untuk mendapatkan faedah darinya menghasilkan rahmat yang besar daripada Allah S.W.T.