Ayah pemalas, tidur je keje.wanita kongsi kisah hidup semasa kecil yang terpaksa hidup susah selepas kemaatian ibu.semoga kisah ini menjadi impirasi kepada kita semua.

Aku Tiha (bukan nama sebenar). Awal 40an. Sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Punyai seorang suami yang baik. Aku sebelum ni hanyalah silent reader dalam wadah ni. Tapi teringin jugak nak berkongsi sekadar iktibar. Syukur andai tulisan aku ini disiarkan. Mudah mudahan sedikit sebanyak boleh jadi renungan bersama.

Aku ingin berkongsi kisah hidupku yang sangat susah masa kecil apa lagi selepas kemAatian emak ketika aku berumur 12 tahun. Aku ada 7 saudara, 2 perempuan 5 lelaki. Sulung perempuan berkahwin ketika berumur 16 tahun kerana paksaan ayah. Emak masih ada masa tu. Aku anak ke 4.

Emak mngal selepas skit hanya sebulan. S4kit yang tak diketahui. Aku yang jaga mak walaupun aku baru berumur 12 tahun. Darjah 6. Balik sekolah aku uruskan mak mandi dan makan. Masak ikut kemampuan budak 12 tahun.

Pasti semua hairan kan. Mana ayahku abangku kakakku. Abang ke2 merantau langsung tak balik. Abang ke-3 bantu la sikit sikit, kakak ikut suami tinggal jauh di negeri utara.

Ayah siang malamnya lebih banyak tidur. Adik semua kecil kecil lagi. Ayahku agak pemalas sebab tu kami susah. Hanya harapkan kudrat mak yang tak seberapa.

Mak tak pernah rehat. Sentiasa mencari jalan untuk isi perut anak anak. Akhirnya mak tewaas. Dan aku jadi macam anak ayam hilang ibu. Tapi demi adik yang masih kecil aku kuatkan semangat.

Selepas mak mngal kami semakin susah. Pernah tak makan nasi 3 hari. Saudara mara pun tak peduli kerana kemalasan ayah. Akhirnya aku yang berhutang beras dengan jiran jiran. Malu pun aku tebalkan je muka demi adik adik kecilku yang kelaparan.

Urusan persekolahan juga jadi kucar kacir. Bahkan adikku yang paling kecil umur 1 tahun diserahkan oleh nenek kepada saudara jauh semasa aku di sekolah masa di bawah jagaan ayah.

Bila aku balik, adik dah takde. Aku jadi kelam kabut. Ayah mengunci mulut. Pura pura tidur. Selepas aku meraung sebab tak jumpa adik barulah ayah beritahu itupun tanpa rupa bersalah.

Aku jaatuh skit demaam, merindu. Kata orang tak sangka nak hidup tapi Allah panjangkan umurku. Aku bangun teruskan hidup. Pagi ke sekolah. Balik uruskan rumah dan petang ke sawah. Adikku 2 orang lagi aku jaga sebaiknya.

Belanja persekolahan pon boleh dikatakan cari sendiri. Untungnya aku pandai cari peluang. Musim menuai aku ambil upah potong padi musim menanam aku ambil upah kemas sawah dan tanam padi.

Musim menunggu padi berbuah dan masak aku cari ikan dan jual. Mungkin drah mak yang mengalir dalam tubuhku buat aku jadi kuat.

Aku memang jarang mengadap buku sebab rutin hidupku yang terlalu memenatkan. Tapi aku boleh dikategorikan budak bijak.

Setiap kali peperiksaan aku selalunya dapat tempat terbaik atau kedua terbaik. Sekolah rendah dan sekolah menengah. Mak bangga dengan aku semasa hidupnya.

Tapi aku cuma mampu setakat tingkatan 6. Itupun sebab aku banyak dapat bantuan persekolahan sebab kecemerlangan aku.

Nak masuk universiti aku tak mampu. Lagipun siapa yang nak jaga adik adik ku. Kami dipulaukan saudara mara kerana kami susah. Tapi kami berusaha untuk tidak menyusahkan sesiapa.

Ketika umurku 29 tahun ayah mngal. Tinggallah kami adik beradik di rumah buuruk ayah. Aku sering berdoa agar Allah permudahkan rezekiku.

Akhirnya aku dapat jawatan sebagai penjawat awam. Tentu saja bukan pegawai untuk cuma kelulusan STPM. Tapi cukup untuk membawa sinar dalam hidup kami.

Aku ditempatkan di kampungku. Berulang alik dengan bas merah je. Makan setiap hari bawa bekal. Sabtu ahad aku cari apa saja yang boleh buat stok untuk lauk.

Ikan kampung hidup aku kurung dan seawal 5 pagi aku dah bangun masak untuk bekal dan untuk adikku nanti bila diorang balik dari sekolah.

Adik bongsu ku mencari kami semula selepas tahu dia anak angkat dan kami bertangis tangisan kerana terlalu gembira.

Ketika umurku 24 tahun aku bertemu jodoh dengan suamiku orang kampung bersebelahan dan bekerja satu jabatan denganku. Untungnya suamiku tidak menghalang hidupku macam biasa dengan adik adikku.

Waktu ini abang ke-3 ku juga telah berkahwin dan telah pindah keluar dari kampung. Dan akulah yang tinggal di rumah pusaka kami. Tapi dia tetap membantu menyara persekolahan adik adik ku.

Sekarang semua dah dewasa. Dah berkeluarga. Saudara mara pun dah buka mata. Mulut pun dah manis. Tapi aku tak pernah berdndam. Sesungguhnya kesusahan buatkan aku kuat dan tak mudah goyah bila diuji.

Sekarang aku melihat ramai saudara maraku yang diuji dengan ujian rumahtangga bercerrai berai sebab tak tahan hidup tak berduit kerana meteka tak pernah hidup susah.

Alhamdulillah aku masih teguh bersama suami dan ahli keluargaku. Semoga terus pelihara kami.

Hidupku macam drama kan. Tapi itulah realitinya. Buat pembaca semua kesusahan itu adalah medan ujian yang menguatkan kita. Ia akan mematangkan kita. Sesungguhnya Allah tak akan menguji kita di kuar kemampuan kita. Terima kasih kerana sudi membaca.

Apa reaksi warganet

Alina Said, Keperitan hidup, kemiskinan, kesusahan mngajar kita erti kekuatan.. Smoga hidup anda dn sekeluarga dilimpahi kbhgiaan, rezki, kberkatan srta rahmat dr Allah.. Kita bila trdidik dgn kepayahan psti sntiasa bersedia utk dugaan dn ujian.. Walau tidak kaya, nmun itu sdh ckup mmbhgiakan krn tak mnyusahkan sesiapa, dgn rezki yg diraih dgn cra halal, in shaa Allah, hidup pasti berkat wlau rezki yg diterima sederhana sahaja.

Matjadi, Gigihnya adik menghadapi cabaran yg hebat.sedihnya baca kisah adik.moga adik mendapat pahala berganda menjaga adik2.

Rata2 zaman dulu orang perempuan tanggung beban yg berat.cari nafkah, jaga anak memasak,beranak lagi..,lelaki buat apa?..Balik dari sekolah,tenguk lelaki2 main dam & berapa kali naik haji hingga balik time makan.bini tunggang langgang kat rumah. Tenguk keadaan mmg nekad aku tak nak kahwin jika lelaki semua ciri2 mcm tu.

Fazidah Kadir, Ingatkan kita dulu2 dah susah rupanya ada lagi yg sangat susah dan dapat tempuhi hidup dengan rahmat Allah dan hasil usaha tulang empat kerat serta ilham dari Allah… benarlah kata Allah, kalau Allah nak beri kebaikan, walau satu dunia nak halang tetap akan sampai dan kalau Allah nak beri keburukan walau satu dunia berkumpul untuk lindungi, mereka tetap takkan berjaya.

Semoga terus berjaya dan bahagia serta dlm rahmat dan lindungan Allah selalu confessor….terima kasih atas kisah hidup yg amat menginsafkan.

Wan Bibu, Sy pun orang susah 40 thn dulu. Bezanya ayah kerja kuat utk sekolah anak2. Ayah kata dia xde harta utk beri. Pelajaran je yg akan bantu kami nti. Ayah sy alb1no. Ape saje yg dia boleh buat… Bergolok bergadai akhirnya kami 6 orang semua berjaya. Skrg anak2 juga diajar hidup seadanya. Ada duit simpan utk masa depan.

Zurainee, Kesusahan hidup pastinya bermula dgn ketua keluarga yang pemalas..duduk melepak dikedai kopi dari subuh hingga ke senja..bergurau senda dan berjenaka…jadi penglipur lara kononnya…bila di rumah..tidur sepanjang hari…semoga awak terus kuat…hebat..

Yustinar, Saya juga pernah hidup susah..tp jln cite hidup sis lg susah. Yaa andai ditakdirkan Saya jatuh tersungkur ( minta dijauhkan) satu hr nanti sy x da ralat sgt sbb dah pernah melalui fasa tsbt. Semoga sis bahagia. Saya selalu cite ngan anak2 sy susah dulu bila anak2 nakkan sesuatu.

Sumber: Tiha (Bukan nama sebenar) via IIUMC/edisimedia