Antara Beliitan Ibblis adalah Sedekah Pada Orang Lain, Tetapi Keluarga Sendiri Diabaikan

Imam Ibn Jawzi berkata :

من يتصدق ويضيق عَلَى أهله فِي النفقة وقد روى عَنْ جابر بْن عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أفضل الصدقة مَا كان عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ” وبإسناد عَنْ أبي هريرة قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “تصدقوا فَقَالَ رجل عندي دِينَار فَقَالَ تصدق به عَلَى نفسك قَالَ عندي دِينَار آخر قَالَ تصدق به عَلَى زوجتك قَالَ عندي دِينَار أخر قَالَ تصدق به عَلَى ولدك قَالَ عندي دِينَار آخر قَالَ تصدق به عَلَى خادمك قَالَ عندي آخر قَالَ أنت أبصر به”

Terjemahan :

Orang yang bersedekah, tetapi bersifat b4khil kepada keluarganya. Telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

أفضل الصدقة مَا كان عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

“Sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang diberikan ketika kamu kaya dan mulakan dengan orang yang paling hampir denganmu” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Dan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w telah bersabda:

تصدقوا فَقَالَ رجل عندي دِينَار فَقَالَ تصدق به عَلَى نفسك قَالَ عندي دِينَار آخر قَالَ تصدق به عَلَى زوجتك قَالَ عندي دِينَار أخر قَالَ تصدق به عَلَى ولدك قَالَ عندي دِينَار آخر قَالَ تصدق به عَلَى خادمك قَالَ عندي آخر قَالَ أنت أبصر به

“Bersedekahlah kamu. Maka seorang lelaki berkata, “aku hanya ada satu dinar sahaja.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “gunakan ia untuk dirimu.” Lelaki itu berkata, “bagaimana jika aku ada satu dinar yang lain.”

Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “berilah kepada isterimu.” Berkata lelaki itu, “bagaimana jika aku mempunyai satu dinar yang lain.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “berilah kepada anakmu.” Lelaki itu berkata lagi, “bagaimana jika aku ada satu dinar yang lain.”

Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “berilah kepada pekerjamu.” Lelaki itu berkata lagi, “bagaimana jika aku ada satu dinar yang lain.” Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, “kamu lebih mengetahuinya.”

Ulasan :

Keutamaan kepada orang yang layak menerima sedekah adalah pada kaum keluarga yang terdekat. Seperti mana yang telah disebutkan pada bab yang sebelum ini, Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada kita untuk memberi sedekah kepada kaum keluarga terlebih dahulu sebelum memberi sedekah kepada orang lain.

Ib lis sentiasa membisikkan tipu daya terhadap orang yang memberikan sedekah dengan mengatakan bahawa sedekah pada orang yang jauh dan tidak dikenali itu lebih afdhal.

Sedangkan, matlamat utamanya adalah supaya orang itu akan merasa bangga apabila dikenali oleh orang ramai kerana rajin bersedekah.

Sumber: Dr. Zaharuddin Abd Rahman