Anak Kecil Kejutkan Jenaazah Ibu Yang Disangkanya Sedang Tidur

“Mama, bangunlah…ramai orang datang rumah kita,” kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman, tiga tahun, yang cuba mengejutkan jen4zah ibunya, Mahfuzah Ishak, yang disangka sedang tidur.

Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi, Nur Adni Afeera beralih melihat jen4zah adiknya Muhammad Harraby Zafran, setahun, sebelum berpaling ke arah orang ramai dan menyatakan adiknya ‘s4kit’.

Keletah Nur Adni Afeera menyebabkan orang ramai mengalirkan air m4ta, manakala ayahnya Shahrul Raziman Osman, 33, tergam4m melihat jen4zah dua beranak itu di ruang tamu rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1.

Mahfuzah, 28, seorang kerani di kilang automotif di Pekan dan Muhammad Harraby Zafran meningg4l dunia akibat kec3deraan t3ruk di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan yang mereka naiki terb4bas dan mer3mpuh pembahagi jalan.

Kemal4ngan berlaku di KM403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, berhampiran pekan Hulu Selangor. Kereta dipandu Shahrul Raziman. Turut berada dalam kenderaan itu, ibu Shahrul Raziman, Razimah Chik, 63. J3n4zah kedua-dua m4ngsa dibawa ke sini bagi menunaikan permintaan ibu arw4h,

Norhikmah Abdullah Sani, 54, yang lvmpvh untuk melihat mereka sebelum dikebumik4n di kampung Shahrul Raziman di Kampung Telok, Pekan, lewat malam.

Shahrul Raziman yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata, mereka dalam perjalanan untuk bercuti dan melawat saudara-mara sebelah ayahnya di Jeniang, Kedah apabila kemlngan berlaku.

“Kami bertolak dari Pekan pada jam 11 malam semalam (kelmarin). Ia tidak dirancang kerana rancangan untuk ke sana hanya difikirkan pada raya ketiga. Tambahan pula ayah saya telah bertolak ke sana (Jeniang) sehari sebelum dengan menaiki bas,” katanya.

Beliau menyatakan k3sal apabila tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu meskipun beliau memberi isyarat meminta bantuan. Hanya dua penunggang motosikal yang berhenti selepas 10 minit beliau berdiri di tepi jalan.

Sementara itu, ayah m4ngsa, Ishak Muhammad, 56, berkata kali terakhir beliau bertemu anak ketiga daripada lima beradik itu ialah pada jam 3 petang kelmarin, sebelum anaknya bergegas pulang ke Pekan.

“Saya pula dit4han di Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan) akibat ker4cunan makanan pada jam 4 petang. Saya juga tidak tahu mereka akan pulang ke Kedah.

Saya diberitahu anak meningg4l dunia pada jam 10 pagi ini (semalam). Saya bersyukur dibenarkan pulang ke rumah pada jam 3 petang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka untuk kali terakhir,” katanya.

Sumber: facebook via Majalah-Harian.com