Amaran Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Berkulat

Pasti ramai dari kita yang masih mengamalkan memakan roti ‘bersih’ pada roti berkulat.

“Alaa… buang yang berkulat tu, yang lainkan elok lagi”

Kita jangan ambil mudah tentang hal ini ya, sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat.

Ini adalah kerana kulat (bahasa sebenarnya adalah mold) adalah sejenis fungus (kulat) seperti cendawan.

Seperti cendawan, kulat mempunyai ‘topi’ (bahagian atas) yang mudah dikesan dengan mata kasar.

Namun akarnya yang tersembunyi dikenali ‘hyphae’ adalah berbahaya buat manusia. Hyphae ini membentuk sebuah rangkaian akar di dalam roti , maka bahagian ‘bersih’ dalam roti pastinya tidak selamat.

Bagi kepingan roti daripada bungkusan yang sama langsung tidak ditumbuhi kulat pula, berkemungkinan besar roti yang kelihatan bersih dan selamat dimakan itu,

Sebenarnya telah turut tercemar juga oleh ribuan spora (benih pembiakan) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Jadi, berhati-hatilah sebelum memakannya kerana anda boleh mengalami keracunan makanan. Sebelum membeli pastikan cek tarikh luput roti dan pastikan roti itu tidak berkulat walaupun belum sampai tarikh luput.

Jangan kerana sebuku roti, nyawa kita terancam

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT