ALLAHUAKBAR… Penemuan Kalimah Allah Pada Badan Ikan Talapia

Mohamad Sauti Brahim, dari Kota Kinabalu, Sabah, tidak menyangka ikan Tilapia yang dibelinya di pasar ikan, tertera kalimah Allah. Semasa ditemuramah oleh pihak Teratak Inspirasi baru-baru ini, beliau menyedari mengenai perkara itu apabila diberitahu oleh anaknya, Sauji, yang hendak menyiang ikan, ternampak kalimah Allah itu.

“saya pada mulanya tidak percaya ada tulisan kalimah Allah itu, tetapi setelah saya perhatikan betul-betul, ternyata ianya memang benar. semasa saya di

pasar, saya rasa serba salah mahu beli ikan ini, tetapi perasaan ingin membeli memang kuat, rupa-rupanya ada hikmah di sebalik,” katanya.

Mohamad Sauti berkata dia membeli ikan itu di pasar ikan Pekan Inanam, Kota Kinabalu, untuk dijadikan lauk makan malam. beliau berkata harga

ikan yang ditawarkan pada hari itu agak berlainan pada hari lain, itu juga merupakan salah satu sebab Mohamad Sauti membeli ikan tersebut.

“selama ini, semua perkara-perkara macam ini saya cuma nampak di televisyen sahaja, tetapi saya tidak menyangka saya akan alaminya juga, saya bersyukur pada Allah,” katanya. tambah beliau, dia akan mengawet ikan tersebut, supaya ikan tersebut tidak reput sampai bila-bila.

Sumber:facebook via majalah-harian.com