Alhamdulillah, Kisah Masjid Pertama Di Kota Athens Akhirnya Dibuka Selepas 14 Tahun Penantian

Penantian selama 14 tahun penduduk bandar Athens di Greece untuk mempunyai masjid mereka yang tersendiri akhirnya tercapai awal November 2020.

Ia susulan pembukaan secara rasmi masjid yang dibina sejak 2006 pada 1 November 2020 lalu di kota itu seperti yang dilap0rkan beberapa media utama.

“Ini adalah detik bersejarah bagi masyarakat Muslim yang tinggal di kota Athens, kami telah tunggu untuk tempoh yang agak lama bagi pembinaan masjid ini.

“Syukur pada tuhan, akhirnya kami sudah mempunyai masjid yang kini telah dibuka serta kami dapat solat dengan bebas,” kata Heider Ashir, Ahli Dewan Pemerintahan Masjid.

Terdahulu, keputusan untuk membina masjid yang diluluskan kerajaan pada 2006 itu sebelum ini menerima tentangan kuat daripada masyarakat di sana dan pada masa sama turut mengalami masalah bir0krasi.

Untuk konteks, pembinaan masjid itu sebelum ini juga pernah menerima t3ntangan kuat daripada gereja Greek 0rth0dox Church pada 1979 sebelum pihak kerajaan akhirnya meluluskan pembinaan pada 2006.

Bagaimanapun, pembinaan masjid yang dianggarkan bernilai AS$1.04 juta (kira-kira RM4.3 juta) pada 2006 itu juga tidak melalui jalan mudah apabila ia turut menerima pelbagai ten.tangan demi ten.tangan.

Namun, selepas 14 tahun masjid itu akhirnya dibuka dengan rakyat Greece yang mempunyai asal-usul Maghribi, Zaki Mohammed dipilih menjadi imam pertama masjid berkenaan.

Pembukaan masjid itu bagaimanapun difahamkan hanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja memandangkan situasi C0VID-19 yang masih membimbangkan di Greece dan juga Eropah ketika itu.

Pembukaan masjid itu juga difahamkan sekaligus melucutkan status Athens sebagai satu-satunya bandar utama di dalam Kesatuan Eropah (EU) yang tidak mempunyai masjid, seperti dilap0rkan Al Jaz33ra yang memetik Anadolu Agency.

Sumber, foto & video dipetik dari The v0cket, Al Jazeera