Akibat Internet Buat Hal, Budak 7 Tahun Panik 42 Rider Hantar Makanan Serentak

Pada zaman sekarang, semakin ramai yang memilih untuk memesan makanan secara atas talian. Tak perlu nak serabut untuk mencari parking atau lokasi apabila segala pilihan berada di hujung jari sahaja. Akan tetapi, boleh pula berlaku keralatan jika sambungan internet tidak elok ketika membuat pesanan.

Akibat internet loading, gelabah 42 orang rider hantar makanan secara serentak ke sebuah rumah
Misalnya, sebuah kejadiaan di Filipina baru-baru ini menjadi tular apabila sebuah kawasan setinggan menjadi kecoh saat seramai 42 orang rider penghantar makanan tiba secara serentak di sebuah rumah. Apabila diperiksa seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dikatakan telah memesan makanan sebanyak 42 kali melalui sebuah aplikasi secara tidak sengaja kerana line internet yang perlahan.

Menangiis sebab takuut kena bayar semua makanan, nasib baik jiran baik hati sudi tolong beli set lebih
Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan menangiis akibat berasa takuut untuk bayar sehingga menarik perhatian jiran tetangga. Difahamkan, kesemua rider berkenaan membawa pesanan makanan sama dan setiap satunya bernilai 189 pesos (RM15.89). Oleh itu, total kesemua 42 set adalah sebanyak 7,938 peso (RM671). Prihatin dengan majikan tersebut, para jiran mengambil keputusan untuk membantu beli makanan tersebut dan terpaksa pulangkan yang lebihan.

Sumber: FB Dann Kayne Suarez, era.je, Sinar Harian