Ada ‘Benda’ Suka Menumpang

Ada ‘Benda’ Suka Menumpang Jika biarkan kain bertimbun! | Dengan bentuknya mesin basuh, kegiatan mencuci pakaian menjadi mudah dan senang untuk dilakukan. Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang rajin nak basuh pakaian.

Tapi tak semua yang rajin basuh pakaian akan rajin melipatnya juga. Disebabkan kemalasan melipat akan menghasilkan timbunan kain yang membukit.

Namun siapa sangka, sifat malas itu boleh membawa padah sehingga diganggu oleh makluk halus.

Lelaki ini berkongsi cerita mistik yang disampaikan oleh ayahnya sendiri melalui facebook miliknya akibat sifat biasa seorang perempuan yang mengizinkan pileunan baju di atas tempat tidur.

Jin Suka Sangat-Sangat Timbunan Kain

Aku tahu, ramai dak-dak pompuan kat sini yang pemalas nak lipat kain. Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah orang la, laki bagi upah baru dia orang nak lipat kain la, nak beli mesin yang boleh lipat kain tak payah korang buat la…

Orang tua-tua zaman dulu cakap, kain jangan dibiarkan bertimbun. Katil tempat tidur jangan dibiarkan berselerak dan tak dikemaskan. Korang tahu tak,

Jin yakmat suka duduk kat dalam kain-kain yang korang malas nak lipat tu. Haaa… korang dah sediakan tempat tidur dia, tu pasal la korang asyik dengar bunyi guli dan orang main tarik perabot.

Minta Tolong Atuk

Ni cerita masa arwah atuk aku hidup lagi. Bapak aku cerita tadi, aku kongsikan dengan korang. Ada sorang pak cik ni datang cari atuk aku. Cucu dia hilang. Dah tiga hari katanya. Jadi, atuk aku pon pergilah nak tengok apa yang boleh ditolong.

Macam biasalah, atuk aku bawak Quran dia. Dah selalu ada kat tangan dia kan. Atuk aku sampai je ke rumah tu, dia terus mintak izin nak masuk ke dalam bilik.

Bilik ni bukan bilik tidur tapi ada katil. Bilik ni dia orang guna untuk letak baju-baju yang dah diangkat dari ampaian. Malas lipat, timbunkan kat situ.

Atuk aku berdiri kat tepi katil tu. Dia baca doa lepas tu dia seluk tangan dia ke dalam timbunan kain kat atas katil tu. Actually, tak banyak pon timbunan kain tu sebab dia orang dah melipat sejak budak tu hilang. Nak melayan risau agaknya, lipat kain. Kiranya busut kain tu tak tinggi mana. Tak banyak mana.

Keluar Api Pada Timbunan Baju

Atuk aku seluk tangan dia ke dalam kain tu. Entah apa yang dia cari tapi masa dia menggagau tu, tangan dia kena tarik dengan kuat. Tersembam muka atuk aku kat kain-kain yang bertimbun tu sampai dia dah macam nak masuk ke dalam kain tu.

Atuk aku melawan. Dia baca ayat-ayat suci. Keluar bunyi meracau. Benda tu melawan. Katil tu bergegar kuat. Tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pulak. Macam dah kena gam.

Macam-macam bunyilah keluar. Entah apa yang atuk aku baca, tiba-tiba keluar api kat timbunan baju tu. Pastu berasap. Bau dia, hangit!

Atuk aku baca Yasin Mubin sebab maksud ‘Mubin’ tu sendiri ialah tunjuk. Nyata. Serlahkan. Dalam surah yasin tu ada tujuh mubin. Sampai kat setiap mubin, atuk aku berdoa.

Berjaya Tarik Keluar

Pelan-pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu. Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu. Budak tu dah longlai. Satu badan dia lebam. Darah dia kena hisap derrr…

“Hari-hari kami lipat kain…” kata nenek budak tu. Muka tak percaya habis.

“Jangan biar kain bertimbun. Jin suka duduk kat dalam kain bertimbun. Katil kena kemas selalu. Bila nak baring kat atas katil, pukul-pukul dulu serata tilam tu dengan kain sambil baca ayat Kursi. Jin suka tidur kat atas katil kita. Tak halau, dia tidur dengan kita la…” kata atuk aku.

Tak seram sangat la… tapi pengajaran la pada yang malas nak lipat kain… ha ha ha ha

Jika Anda Sukakan Artikel Ini, Sila Kongsikan Untuk Manfaat Bersama

Sumber: Tajul Zulkarnain

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT