Ada 3 Teknik Untuk Menguatkan Daya Ingatan

Ada 3 Teknik Untuk Menguatkan Daya Ingatan Mengikut Cara Islam

1.Mencuci Gigi Dan Membasuh Mulut

Bersugi dikatakan banyak manfaatnya. Diantaranya ialah:-

1) Pernah diriwiyatkan dalam sebuat hadith riwayat muslim bahawa:

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )

2) Dapat menajamkan akal.3) Dapat mencerahkan mata.4) Melambatkan tumbuh uban .5) Dapat menggandakan pahala.6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.

2.Membaca Al-Quran
Membaca Al-Quran sangat membantu dalam meningkatkan daya ingatan kerana Al-Quran ada mukjizat dan rahmatnya. Saidina Ali Bin Abu Talib r.a pernah berkata :

“Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

Biasanya selalu kita dengar, if ada orang koma, bacakan yassin untuknya, InsyaAllah dia akan sedar. Selain itu telah banyak cerita mengenai orang yang pengsan akhirnya sedar setelah dirawat dengan ayat suci Al-Quran.

Ini menunjukan ayat suci Al-Quran dapat membantu meningkatkan daya ingatan, contohnya seperti ayat dibawah.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut;

Dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” – Surah Al-Isra’ ; Ayat 70

Salah satu tips adalah baca ayat 70 dari Surah Al-Isra’, semasa baca letak tangan atas kepala, insyaAllah akan kuat ingatan. Jadi marilah kita mengamalkan apa saja ayat-ayat dalam Al-Quran dan selalu membaca Al Quran, InsyaAllah akan menguatkan daya ingatan kita.

3. Berpuasa Sunat
Selain itu, antara tips lain dan teknik meningkatkan daya ingatan mengikut cara islam adalah dengan perbanyakan berpuasa sunat. Bagi yang wanita,

Habiskan menggantikan semua puasa terlebih dahulu, lantas berpuasalah sunat, samada isnin khamis dan sebagainya. Berpuasa bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan pada tubuh badan malah pada akal untuk kesihatan jangka masa panjang.

Selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Sumber:nadhiewueen

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT