7 Jenis Zikir Pembuka Rezeki Yang Ramai Tidak Tahu

Inilah 7 Jenis zikir pembuka rezeki yang ramai tidak tahu zaman ini | 1. Memperbanyak membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah. Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan–La hawla Wala Quwwata Illa billah. (Hadith Riwayat At Thabrani)

2. Membaca–La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin. Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (Hadith Riwayat Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca–Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang Malaikat yang bertasbih kepada Allah SWT sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.

(Hadith Riwayat Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas: “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya”. (Hadith Riwayat At Thabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqiaah: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqiaah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (Hadith Riwayat Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak seIawat atas Nabi SAW: Dari Umar bin Khattab r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Hadith Riwayat Bukhari)

7. Melazimkan Istighfar: “Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”. (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Dawwud dan Ibnu Majjah).

Sumber

baca lagi artikel manfaat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Mohom Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat