6 Warga Palestin Berjaya Loloskan Diri Dari Penjaara Israael, Hanya Menggunakan Sudu

Sebut sahaja tentang penjara, mesti ramai dari kalangan kita yang tidak mahu terlibat dalam apa-apa jua jenaayah untuk tidak masuk ke tempat tersebut.

Penjaara juga turut mempunyai sistem kawalan yang ketat bermula dari penjaara itu sendiri sehingga di setiap penjuru bangunan.

Hal itu sama seperti kawalan penjara di Israael itu yang dilaporkan mempunyai kawalan paling ketat di dunia.

Prison Break versi Palestin
Dalam pada itu, Israael seolah-olah dikejutkan serta dimalukan apabila penjaara Gilboa yang dikatakan mempunyai kawalan paling ketat berjaya dibolosi oleh enam rakyat Palestin.

Mereka telah meloloskan diri dengan menggali terowong dari dalam penjara melalui di bahagian bawah singki sel mereka.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh @fakhrifadzli di laman Twitter, 4 warga Palestin tersebut sedang menjalani hukuman penjaara seumur hidup manakala 2 orang lagi ditahan tanpa bicara.

Menerusi perkongsian itu juga, kehilangan mereka disedari selepas beberapa jam mereka membebaskan diri apabila terdapat laporan sekumpulan lelaki yang mencurigakan berada di luar pagar.

Selain itu, mereka juga turut menjumpai pakaian yang dikoyakkan dan ditinggalkan oleh para tawanan setelah mereka membebaskan diri daripada penjaara.

Tambahnya lagi, pihak polis Israael juga turut menggunakan bantuan tentera dan agen beserta aanjing terlatih bagi memulakan operasi bagi mengesan mereka.

Gali lubang hanya menggunakan sudu
Usaha yang mereka lakukan dilihat sia-sia selepas gaagal menjumpai warga Palestin itu walaupun sudah melaksanakan operasi secara besar-besaran.

Walaubagaimanapun, mereka telah berjaya mengesan beberapa lubang yang digali oleh warga Palestin yang terdapat dalam penjaara.

Terdapat juga beberapa gambar serta video memaparkan keadaan terowong itu yang berjaya digali tanpa disedari pegawai penjaara.

Lebih mengejutkan, mereka menggali hanya menggunakan sudu selama berbulan-bulan sehingga berjaya melepas kawalan yang dikatakan paling canggih itu.

Tiada siapa tahu bagaiamana mereka melakukannya tanpa disedari pegawai yang bertugas. Perkara itu turut menzahirkan rasa malu dari pihak Israael.

Sehingga sekarang, pihak Israael masih gagaal mengesan 6 tawanan Palestin tersebut dan operasi kian giat dijalankan selepas tertekan dengan pembebasan tawanan itu yang amat memalukan mereka.

Kredit: Twitter @fakhrifadzli