2 Beranak Daiif Terpaksa Gadaii Ayam Untuk Beli Phone, Semata Nak Belajar Online

Susulan pandemik Coviid-19 yang masih belum ada penawarnya, platform dalam talian dan pembelajaran secara digital adalah penyelesaian terbaik untuk belajar sekali gus tak tercicir dalam pelajaran. Namun tak dinafikan bahawa ia gagal berkesan sepenuhnya atas beberapa faktor. Selain tahap capaian akses Internet yang terhad di sesetengah kawasan, ada juga yang datang daripada keluarga tak berkemampuaan untuk memiliki peranti bersesuaian bagi tujuan tersebut.

Jual ayam sambil ditemani ibu tercinta…hajat nak beli handphone untuk belajar online
Itu antara dilema yang dihadapi segelintir pelajar termasuklah seorang remaja dari Indonesia ini. Berdasarkan video di TikTok tersebut, dia dilihat sedang memegang ayam untuk dijual sambil ditemani oleh seorang wanita yang dipercayai ahli keluarganya juga. Ketika ditemuramah oleh wartawan, anak muda itu menyatakan hajatnya ingin membeli sebuah telefon pintar hasil jualan tersebut. Namun berbeza dengan rakan sebaya yang lain, dia jelaskan bahawa peranti tersebut mahu digunakan untuk online learning.

@brendsyee

#fyp #foryou #foryoupage

♬ follow my ig domborlaza – Dom Borlaza

Nampak gaya macam budak pandai…bila kita selalu mengeluuh rupanya ada yang lagi susah daripada kita
Rata-rata netizen nyata tersentuh dengan usaha dan niat murni yang dipamerkan oleh remaja tersebut. Secara keseluruhan, video meruntun hati itu telah meraih lebih 10 juta tontonan setakat ini.